Tuesday, 30 October 2012

PETUA MASAK SEDAP(SEKADAR KONGSI RAHSIA)


Hari ni cuma nak perturunkan petua memasak pada sesiapa yg baru nak belajar masak..... maklumlah memasak ni sesuatu yg nampak senang tpi agak rumit juga bagi sesetengah orang. Klau kena gayanya org akan terkenang2 masakan kita... klau x kena gaya pulak asyik jadi bahan sindiran dan kutukan lah pulak... Petua memasak ni bukannya susah sgt yg penting ada niat nak msak .... klau x dak niat x pyahlah buang masa nak masak....

Orang melayu sebenarnya klau masak mana ada sukatan semua pakai campak aje... tu baru  origanal ... kalau kita msak mesti ikut naluri dan keikhlasan hati ...percayalah apa pun yg kita msak mesti sedap. Kekadang resepi yg dimasak ikut resepinya pun x rasa sedap bukannya apa sbb kekadang kita masak krn terpaksa.......dgn muka yg msam mcm cuka.... mana nak sedap. Bagi kita org Islam, memasak juga ada adabnya.... semua benda yg dibasuh/dicuci perlu diiringi dgn selawat supaya semua benda yg hendak dimasak selain drp bersih, kesuciannya juga perlu. Niat dlm hati supaya apa yg dimasak menjadi dan disukai semua. Masak utk keluarga pula mestilah disertai dgn kasih-sayang.... Jika niat kita elok Insya Allah masakan kita mesti sedap punya..... Kalau x caye cubalah petua ni.....

Lima Petua Kawal Pemakanan

Sebelum masak, jom kita kenal pasti dulu cara nak kawal pemakanan .

Dalam proses mengawal berat badan, nafsu makan sering menjadi musuh utama. Sekiranya tidak dikawal dengan baik, ia mungkin boleh mendatangkan masalah kesihatan di kemudian hari. Berikut adalah beberapa tips dan panduan untuk membantu membendung nafsu makan secara berlebihan.
  
 1.Minum air putih 8 hingga 10 gelas sehari supaya perut terasa penuh. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan nafsu makan meningkat secara mendadak. Malah, kita akan mengambil makanan lebih daripada keperluan.
  
2.Makan empat atau lima kali sehari dalam kuantiti yang kecil boleh membekalkan tenaga sepanjang hari. Kaedah makan dengan cara ini juga dapat mencegah daripada rasa lapar yang berlebihan berbanding dengan makan dua atau tiga kali sehari dalam kuantiti yang banyak.

3.Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan ataupun roti. Serat akan membuat perut kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama dan mengelakkan rasa lapar dengan cepat.

4.Kurangkan jumlah makanan berlemak dan mengandungi gula yang tinggi. Dan pastikan tidak melewatkan waktu makan kerana ia akan menyebabkan kita makan secara berlebihan daripada sepatutnya apabila terlalu lapar.

5.Cara terbaik untuk mengawal pemakanan adalah dengan memasak makanan sendiri di rumah. Selain dapat makan dan berkumpul bersama ahli keluarga, kita juga dapat mengelak daripada makan dengan kuantiti yang banyak dan mengambil makanan berkalori tinggi tanpa kawalan.


Saturday, 20 October 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hye, saya Ruwaida...thanks view my blog...


Suka mencuba resepi baru dan tradisional. Masakan dan petua yang ditulis dalam blog adalah amalan  kegemaran kami sekeluarga.