Monday, 26 November 2012

10 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL


Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
Kolestrol penyebab serangan jantung
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
1. Kacang Soya
- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 
 
2. Kuaci
- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menamba zat besi sambil mengurangkan kolesterol
3. Buah kering
- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima
4. Epal
- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak
5. Ikan Tuna
- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL
 
 6. Kacang tanah
- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung
7. Buah Mangga
- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi
8. Kismis
- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus
 
9. Jambu batu
- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan

Friday, 23 November 2012

8 Rahsia Bawang Putih

Sekadar  mahu berkongsi


APAPUN masakan kalau anda tak letak bawang putih, selalunya tak sedap. Betul? Anda yang memasak mesti selalu menggunakan bahan ini dalam masakan-masakan anda. Jadi, elok rasanya saya kongsikan rahsia-rahsia di sebalik pemakanan bawang putih ni. Banyak sebenarnya khasiatnya.
1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
4. Antiinflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Selamat membaca ....

Thursday, 22 November 2012

Tubuh Sihat Jika Elak Makan Daging


Dipetik dari Berita Harian 5 Jun 2012
CANBERRA: Doktor di Australia memberi jaminan kepada pesakit mereka akan mendapat manfaat jika mengamalkan diet yang bebas daripada daging. 


Satu kajian penyelidikan saintifik pertama, diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Australia, mendapati pengamal diet sayuran menerima banyak manfaat kesihatan berbanding risiko daripada diet berasaskan tumbuhan.
 
Jurnal itu memeriksa kekurangan zat yang secara tradisi dianggap menjejaskan mereka yang mengamalkan diet sayuran dan mendapati mereka menerima cukup protein, zat besi dan zink.
 
 Pakar nutrisi Rosemary Stanton, yang menulis satu ruangan editorial terhadap kertas penyelidikan itu berkata, bukti saintifik menunjukkan satu diet terancang berasaskan tumbuhan dapat memenuhi keperluan nutrisi golongan dewasa dan kanak-kanak.

“Bukti menunjukkan mereka yang mengikuti satu diet sayuran kemungkinan kurang mendapat penyakit jantung, kurang kanser usus, kurang mendapat diabetes jenis-2 dan kurang obes,” katanya. – Agensi.

Tuesday, 20 November 2012

Resepi Roti Jala dan Kari Ayam


Menu minum petang.......

Assalamualaikum...petang ni layan roti jala ngn kari ayam....ermmm sedap sngat nie kali kedua sy buat.. ;)

Bahan-bahan (roti jala) 
300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
Bahan-bahan (kari ayam)
200 gm isi ayam
Serbuk kari
Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula
Cara-cara (roti jala)
1.    Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
2.    Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
3.    Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
4.    Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.
5.    Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.
Cara-cara (kari ayam)
1.    Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
2.    Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
3.    Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
4.    Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Optional – tambah sedikit cili kisar dan serbuk kunyit. Ayam boleh digantikan dengan daging. Ikut citarasa masing-masing.

Friday, 16 November 2012

HILANGKAN LEMAK AYAM


Lemak ayam memang sukar dihilangkan biar pun di bilas berkali-kali. Penggunaan tepung akan membantu menghilangkan kesan lemak ini: 


BAHAN-BAHAN:
·         Tepung gandum
·         Ayam

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan tepung ke dalam ayam.
2. Gaulkan rata.
3. Biarkan dan perap selama 30 minit.
4. Bilas dan buang lemak sehingga bersih

HAPUS KESAN KUNING CAWAN


Cawan dan gelas berwarna putih dan cerah kerap kali menjadi kekuningan setelah lama dipakai. Mungkin juga disebabkan oleh pembilasan yang tidak bersih dan kesan pewarna yang tidak dibasuh dengan bersih. Langkah hebat ini mampu memulihkan masalah tersebut. 

BAHAN-BAHAN:
·         Garam
·         Air suam
·         Limau nipis

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan garam ke dalam air suam.
2. Perahkan limau nipis.
3. Rendam cawan ke dalam air suam selama 15 minit.
4. Angkat dan lapkan hingga kering.