Dipetik dari Berita Harian 5 Jun 2012
CANBERRA:
Doktor di Australia memberi jaminan kepada pesakit mereka akan mendapat manfaat
jika mengamalkan diet yang bebas daripada daging.
Satu kajian penyelidikan saintifik pertama, diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Australia, mendapati pengamal diet sayuran menerima banyak manfaat kesihatan berbanding risiko daripada diet berasaskan tumbuhan.
Jurnal
itu memeriksa kekurangan zat yang secara tradisi dianggap menjejaskan mereka
yang mengamalkan diet sayuran dan mendapati mereka menerima cukup protein, zat
besi dan zink.
Pakar
nutrisi Rosemary Stanton, yang menulis satu ruangan editorial terhadap kertas
penyelidikan itu berkata, bukti saintifik menunjukkan satu diet terancang
berasaskan tumbuhan dapat memenuhi keperluan nutrisi golongan dewasa dan
kanak-kanak.
“Bukti menunjukkan mereka yang mengikuti satu diet sayuran kemungkinan kurang mendapat penyakit jantung, kurang kanser usus, kurang mendapat diabetes jenis-2 dan kurang obes,” katanya. – Agensi.
“Bukti menunjukkan mereka yang mengikuti satu diet sayuran kemungkinan kurang mendapat penyakit jantung, kurang kanser usus, kurang mendapat diabetes jenis-2 dan kurang obes,” katanya. – Agensi.
No comments:
Post a Comment