APAPUN masakan
kalau anda tak letak bawang putih, selalunya tak sedap. Betul? Anda yang
memasak mesti selalu menggunakan bahan ini dalam masakan-masakan anda. Jadi,
elok rasanya saya kongsikan rahsia-rahsia di sebalik pemakanan bawang putih ni.
Banyak sebenarnya khasiatnya.
1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang
penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan
membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah
dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan
antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free
radical di dalam
darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih
ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa
mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan
sebagainya.
4. Antiinflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang
putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit
asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau
pun osteoarthritis.
5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di
dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric
acid pada lapisan
perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya, terdapat kajian yang
mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama
tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan
dan tumor.
8. Mengurangkan kolesterol dalam
tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu
menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan
risiko penyakit jantung.
Selamat membaca ....
No comments:
Post a Comment