Tuesday, 30 October 2012

Lima Petua Kawal Pemakanan

Sebelum masak, jom kita kenal pasti dulu cara nak kawal pemakanan .

Dalam proses mengawal berat badan, nafsu makan sering menjadi musuh utama. Sekiranya tidak dikawal dengan baik, ia mungkin boleh mendatangkan masalah kesihatan di kemudian hari. Berikut adalah beberapa tips dan panduan untuk membantu membendung nafsu makan secara berlebihan.
  
 1.Minum air putih 8 hingga 10 gelas sehari supaya perut terasa penuh. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan nafsu makan meningkat secara mendadak. Malah, kita akan mengambil makanan lebih daripada keperluan.
  
2.Makan empat atau lima kali sehari dalam kuantiti yang kecil boleh membekalkan tenaga sepanjang hari. Kaedah makan dengan cara ini juga dapat mencegah daripada rasa lapar yang berlebihan berbanding dengan makan dua atau tiga kali sehari dalam kuantiti yang banyak.

3.Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan ataupun roti. Serat akan membuat perut kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama dan mengelakkan rasa lapar dengan cepat.

4.Kurangkan jumlah makanan berlemak dan mengandungi gula yang tinggi. Dan pastikan tidak melewatkan waktu makan kerana ia akan menyebabkan kita makan secara berlebihan daripada sepatutnya apabila terlalu lapar.

5.Cara terbaik untuk mengawal pemakanan adalah dengan memasak makanan sendiri di rumah. Selain dapat makan dan berkumpul bersama ahli keluarga, kita juga dapat mengelak daripada makan dengan kuantiti yang banyak dan mengambil makanan berkalori tinggi tanpa kawalan.


No comments:

Post a Comment