Tuesday, 25 December 2012

WANITA & KECANTIKAN

ERRMMMM....Semua org nak cantikkan,

lagi-lagi bila umur dah nak menjangkau 40an,Kebanyakan wanita memang mementingkan kecantikan, dan kalau boleh inginkan wajah sentiasa nampak muda dan bertenaga. Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias didepan suaminya.

Memang tak dinafikan ada sesetengah wanita yang tak mengambil berat bab kecantikan, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi. Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan. Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilam mereka sudah mencukupi.


 Petua Mudah Untuk Kelihatan Cantik Dan awet Muda

  1. Minum air suam sebaik bangun dari tidur.
    Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.  Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. 

    Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.


  2. Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari.

    Note: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pulak.


  3. Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.


  4. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.


  5. Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:

    Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka
  6. Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.

Thursday, 6 December 2012

PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN KEMBALI LAGI


PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN PUTRAJAYA 2012
Penggemar durian bakal menikmati raja buah itu sepuas-puasnya sempena Pesta Jom Makan Buah yang akan berlangsung di Putrajaya selama lima hari bermula Jumaat ini.
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, sebanyak 200 tan durian terutama jenis musang king (D 97) akan dijual dengan harga istimewa pada pesta tersebut.
“Kita menyediakan 60 gerai yang akan memasarkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan orang ramai boleh menikmatinya dengan harga istimewa berbanding harga biasa,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Pejabat FAMA Jerantut, di sini.
Beliau berkata, penganjuran pesta itu merupakan satu langkah diambil oleh FAMA untuk memastikan hasil titik peluh petani dan peladang boleh dipasarkan kepada orang ramai.
“Untuk makluman semua, pengeluaran buah-buahan bermusim seperti durian, cempedak, dokong, manggis dan rambutan pada November dan Disember kali ini sangat banyak dan ia perlu dipasarkan segera agar tidak berlaku lambakan,” ujarnya.(SUMBER FAMA)
7 - 11 Disember 2012
 KARNIVAL JUALAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN@PUTRAJAYA 2012  

Laman  1 Malaysia Presint 2, Putrajaya
10 pagi - 10 malam