Thursday, 6 December 2012

PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN KEMBALI LAGI


PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN PUTRAJAYA 2012
Penggemar durian bakal menikmati raja buah itu sepuas-puasnya sempena Pesta Jom Makan Buah yang akan berlangsung di Putrajaya selama lima hari bermula Jumaat ini.
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, sebanyak 200 tan durian terutama jenis musang king (D 97) akan dijual dengan harga istimewa pada pesta tersebut.
“Kita menyediakan 60 gerai yang akan memasarkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan orang ramai boleh menikmatinya dengan harga istimewa berbanding harga biasa,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Pejabat FAMA Jerantut, di sini.
Beliau berkata, penganjuran pesta itu merupakan satu langkah diambil oleh FAMA untuk memastikan hasil titik peluh petani dan peladang boleh dipasarkan kepada orang ramai.
“Untuk makluman semua, pengeluaran buah-buahan bermusim seperti durian, cempedak, dokong, manggis dan rambutan pada November dan Disember kali ini sangat banyak dan ia perlu dipasarkan segera agar tidak berlaku lambakan,” ujarnya.(SUMBER FAMA)
7 - 11 Disember 2012
 KARNIVAL JUALAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN@PUTRAJAYA 2012  

Laman  1 Malaysia Presint 2, Putrajaya
10 pagi - 10 malam

No comments:

Post a Comment