WANGIKAN PETI AIS
Kita tentunya tidak dapat lari dari berhadapan dengan masalah peti
sejuk yang menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Untuk mengatasi
masalah ini, keluarkan semua barangan yang ada dalam peti sejuk dan lap
semua bahagian. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanilla ros atau
beberapa helai daun pandan ke dalam peti sejuk. Tutup peti sejuk selama
beberapa minit dan kemudian barulah dimasukkan semula bahan-bahan ke
dalam peti sejuk.
Untuk mengelakkan bau itu
dari berulang. Biarkan beberapa helai daun pandan di dalam peti sejuk.
Selain itu, meletakkan arang kayu juga dapat mengatasi masalah ini. Ini
kerana arang kayu berupaya menyerap bau yang kurang menyenangkan dalam
peti sejuk.
No comments:
Post a Comment